Prototaip OnePlus 7 Tertiris – Mungkin Hadir Dengan Rekaan Boleh Luncur Seakan Oppo Find X?

OnePlus dan Oppo berkait rapat kerana mereka berdua di bawah naungan BBK Electronics. Oppo sudah ada telefon pintar dengan rekaan skrin nirbingkai yang menyeluruh, iaitu Oppo Find X – mana sensor dan kamera swafoto disembunyikan pada panel boleh luncur. Ini menjadikan tanda tanya bila OnePlus akan mengikut peranti Oppo ini?

Nampaknya, OnePlus 7 kelak mungkin akan kembali mengikut rekaan Oppo siri Find seperti OnePlus One yang mirip Oppo Find 7. Untuk OnePlus 7 ia berkemungkinan mirip Oppo Find X. Sebuah prototaip bersebelahan dengan OnePlus 6T telah tertiris dan ia memberi petanda yang OnePlus 7 ini mungkin mempunyai rekaan boleh luncur.

Sangkaan ini terjadi kerana, kerangka yang menyembunyikan prototaip ini jelas menunjukkan ia akan hadir dengan rekaan sedemikian. Pada awal tirisan ini tersebar di Internet, ramai katakan ia hanya suntingan daripada Photoshop. Tetapi, butang notifikasi terkenal OnePlus jelas kelihatan dan dari skrin ia lihat sangat realistik, jadi ini mungkin benar-benar prototaip OnePlus 7 yang tertiris.

Kita sudah tahu, rekaan sebegini pasti tidak akan menyokong perlindungan kalis air IP68 atau lain-lain perlindungan. Jadi, OnePlus mungkin akan melangkau sekali lagi untuk sokongan perlindungan ini. Sokongan pengecasan nirwayar mungkin akan disertakan, kerana Oppo sudah mendaftar syarikat mereka kepada Wireless Power Consortium. OnePlus dan Oppo berpisah tiada, pasti mereka akan ‘meminjam’ rekaan/teknologi antara satu sama lain. Kita mungkin akan ketahui lebih lanjut dalam masa beberapa bulan akan datang.

Sumber : Amanz