Google Menghentikan Pengeluaran Chromecast Audio

Jika Chromecast memintarkan televisyen biasa sehingga menyokong  penstriman vide0, Chromeast Audio pula memintarkan speaker biasa untuk menstrim audio. Ia dilancarkan pada September 2015 dan ia kini dilaporkan sudah dihentikan pengeluarannya oleh Google.

Seorang pembeli Chromecast Audio merungut apabila peranti yang dipesan pada bulan Disember lagi telah dibatalkan penghantarannya. Pihak Google mengesahkan mereka tidak lagi mengeluarkan Chromecast Audio tetapi akan terus menyokong peranti yang sudah terjual. Sekiranya anda masih belum memiliki Chromecast Audio, anda harus segera membelinya sebelum kehabisan stok di pasaran.

Penghentian produk ini pastinya bekait rapat dengan Google yang kini menumpukan perhatian kepada pengeluaran speaker pintar Google Home, Home Mini dan Home Max.

Sumber : Amanz