Apple Mempertimbangkan Modem 5G Keluaran MediaTek, Samsung Dan Intel Untuk iPhone 2019

Sebelum ini iPhone menggunakan modem yang dikeluarkan oleh Qualcomm. Qualcomm memberikan rebat harga dan lesen yang rendah bagi memastikan Apple hanya menggunakan modem keluaran mereka. Hubungan dua syarikat menjadi tawar selepas Apple menyaman Qualcomm kerana dituduh meminta bayaran royalti yang tidak munasabah. Kedua-dua syarikat kini bertarung di kamar mahkamah untuk membuktikan kebenaran.

Ketika memberikan penerangan di kandang saksi, eksekutif rantaian bekalan Apple Tony Blevins mendedahkan pihak mereka pernah mempertimbangkan menggunakan modem 5G keluaran MediaTek, Samsung dan Intel untuk iPhone 2019. Pada waktu modem Intel digunakan tetapi Apple tidak mahu bergantung hanya pada satu pengeluar bagi mengelakkan masalah yang berlaku dengan Qualcomm dari berulang sekali lagi.

Apple masih belum memutuskan modem keluaran siapa akan digunakan pada iPhone 2019 atau akan mengeluarkan iPhone 5G tahun ini. Turut didedahkan ialah Samsung ialah pembekal komponen terbesar Apple pada waktu ini.

Sumber : Amanz