(Video) 3 lelaki paksa itik minum arak dikecam netizen

Kezaliman tiga lelaki ini membuatkan netizen berang dan berharap mereka ditangkap dan dikenakan hukuman setimpalnya. 

Mana tidaknya, tergamak mereka memaksa seekor itik menelan air arak secara paksa sehingga membuatkan haiwan itu berada dalam keadaan terseksa. 
Berdasarkan video yang mula viral di media sosial, seorang lelaki memegang badan haiwan itu, rakannya pula menahan mulutnya dalam keadaan terbuka sebelum seorang lagi rakan mereka menuangkan arak itu ke dalam mulut itik. 
Tiada daya untuk melawan, haiwan itu sekadar mampu meronta-ronta meminta dilepaskan tetapi tiga lelaki terbabit yang tidak berhati perut meneruskan juga perbuatan kejam mereka. 
Sehinggalah itik itu tidak mampu lagi menelan air tersebut dan dilepaskan dari pegangan. Kelihatan itik itu berada dalam keadaan tidak stabil akibat perbuatan  tiga lelaki yang tidak bertanggungjawab itu. 
Sumber: Live Leak

Sumber : TheReporter