‘Jobless’ Pun Boleh Travel Tau, Lelaki Ini Kongsi Pengalaman

Bukanlah mahu mengkritik ‘budaya’ organisasi di negara ini tapi apa diceritakan oleh pengembara ini amat menarik perhatian kami, kita sudah biasa di didik bahawa kecermelangan akademik dan jenis kerjaya adalah ukuran kejayaan bagi seseorang itu.

Namun berbeza dengan budaya luar, mereka sentiasa ‘menimba ilmu’ dalam kehidupan mereka tanpa mengira umur atau taraf seseorang. Cara mereka tidaklah seperti orang kita yang seolah-olah ‘hidup untuk kerja’. Sebab apa? Baca perkongsian Maukerja daripada pengembara yang dikenali sebagai Irwan Dahnil ini, anda akan faham dan mungkin dapat mengubah kehidupan anda.

Apa yang perlu ditekankan adalah kemahiran, sanggup belajar apa sahaja bagi menam;pung kehidupan mereka. Tidak seperti orang lain yang memfokuskan pada sesuatu kemahiran dan lari dari masalah. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua.

Sumber : SiakapKeli