Larian Paling Sejuk Dalam Dunia, Peserta ‘Membeku’ Dengan Suhu -50 Darjah Celcius

Bayangkan berada dalam kawasan paling sejuk di dunia? Usah katakan berlari, pasti anda tidak mampu berganjak kerana menggigil kesejukan. Namun, 16 peserta dalam cabaran larian paling sejuk berani menyahut cabaran dalam perlumbaan yang diadakan di perkampungan Oymyakon, Rusia yang turut dikenali sebagai pusat paling sejuk di dunia.

Difahamkan, Oymyakon merupakan kawasan yang berpenghuni paling sejuk di dunia, dengan suhu boleh menurun sehingga bawah -50 darjah Celsius pada musim sejuk.

Bayangkan, kawasan itu begitu sejuk sehingga mereka yang tidak mempunyai pelindung pada muka boleh menderita radang dingin (frostbite) dalam masa hanya beberapa saat. Malah, merkuri di dalam termometer juga boleh membeku akibat kesejukan melampau.

Gambar : FB The Siberian Times

Oymyakon hampir menjadi kawasan tidak berpenghuni, menjadikan ianya sesuai untuk maraton. Oleh itu, pada 5 Januari lalu, seramai 16 peserta telah mengambil bahagian dalam larian ekstrem yang diadakan di situ.

Kesemua peserta yang berani berusia antara 21 dan 71 tahun menyertai siri maraton bagi 5, 10, 20, 30 dan 42 kilometer (km).

Gambar : FB The Siberian Times

Pada permulaan acara, suhu udara hampir tidak dapat ditahan dengan -52 darjah Celsius, dan apabila satu-satunya pelari yang tiba di penanda 39km, ia kemudian berubah suhu kepada -48 darjah Celsius.

Larian terpanjang yang dapat dilakukan pada hari berkenaan adalah sepanjang 39km oleh Ilya Pesterev, seorang ketua kampung Emissa. Beliau hampir melengkapkan maraton sejauh 42km.

Peserta paling muda adalah Innokentiy Olesov berusia 21 tahun dengan larian 10km dalam tempoh satu jam dan lapan minit. Pelari tertua adalah Yegor Permyakov, 71, yang berjaya menamatkan lariannya sejauh 15km dalam masa dua setengah jam.

Sumber : odditycentral

Sumber : SiakapKeli