Cipta Rekod Dunia, Gambar Telur Ini Menjadi Gambar Paling Banyak Disukai Di Instagram

Sekeping gambar yang dimuat naik oleh akaun world_record_egg di Instagram ini menjadi gambar paling banyak disukai setelah mendapat like melebihi 25 juta kali.

Pencapaian yang direkodkan oleh ‘seleberiti’ telur ini berjaya mengatasi jumlah like sekeping gambar yang pernah dimuat naik oleh Kylie Jenner pada 2 Februari tahun lepas.

Jenner ketika itu muat naik gambat anaknya bagi berkongsi nama bayi cantik itu bersama-sama dengan peminat. Gambar berkenaan sehingga sekarang sudah disukai lebih daripada 18 juta kali.

world_record_egg memuat naik gambar tersebut bersama-sama dengan satu kapsyen menyeru pengguna Instagram untuk menyukai gambar tersebut.

”Mari cipta rekod dunia bersama-sama dan dapatkan like terbanyak di Instagram. Ayuh tewaskan rekod semasa yang dimiliki oleh Jenner (18 juta). Kita mampu,” kata akaun tersebut.

Gambar telur berkenaan dikongsi pada 5 Januari lalu.

Sumber: Buzzfeed News

Sumber : SiakapKeli