Geekbench: Google Pixel 3 XL Lite Dijana Snapdragon 710 Dan Memori 6GB RAM

Siri Google Pixel adalah kerjasama antara Google dan HTC, siri Google Pixel 2 pula adalah hasil kerjasama antara Google dengan HTC dan LG. Manakala, siri terkini Google Pixel 3 adalah hasil Google sendiri. Di mana Google tidak menggunakan sumber dari HTC atau LG dan terus ke kilang Foxconn untuk hasilkan siri Pixel 3.

Baca Ulasan Pixel 3 XL Di Sini

Terkini, markah tanda aras untuk Pixel 3 XL Lite sudah diterbitkan di laman Geekbench. Ya, Pixel 3 XL Liteperanti kelas pertengahan daripada Google yang sudah kita dengari sejak tahun lepas lagi. Apa yang mengejutkan, bukanlah skor yang diterima – tetapi spesifikasinya. Kod nama Foxconn Pixel 3 XL ini mengesahkan, Pixel 3 XL Lite akan dijana dengan cip pemprosessan Snapdragon 710 yang dipadankan dengan RAM sebesar 6GB.

Jika peranti ini akan hadir ke pasaran, ia adalah telefon pintar Google pertama dengan RAM sebesar ini. Butiran lain berdasarkan ura-ura adalah, Pixel 3 XL Lite akan menggunakan bahan binaan plastik, kekal dengan port bicu audio 3.5mm, skrin dengan bingkai tebal dan menjalankan sistem operasi Android asli seakan Pixel lain.

Harapnya, Google tidak jual peranti ini dengan harga mahal seperti Pixel 3 dan Pixel 3 XL. Tetapi menjualnya pada harga kompetetif seperti pesaing lain. Kita mungkin akan lihat butiran lanjut tidak lama lagi.

Baca Ulasan Google Pixel 3 Di Sini

Sumber : Amanz