Penubuhan Persatuan Pembeli Yang Pertama Di Malaysia

Penubuhan persatuan pembeli yang pertama seumpama ini di dalam negara Malaysia adalah hasil usaha dan terbentuk dalam satu perjumpaan yang telah diadakan di rumah Persatuan Khek Pulau Pinang.

Jadi pada tarikh 17 Januari 1965, Persatuan Pembeli Pulau Pinang telah ditubuhkan dan Encik Koh Sin Hock telah dilantik sebagai pengerusi jawatankuasa sementara untuk persatuan pembeli ini.

Dengan tertubuhnya persatuan pembeli ini, ia bertujuan untuk melindungi orang ramai dari menjadi mangsa para penjual yang tidak beretika dan tidak bertanggung-jawab.

Pada tarikh 7 November 1969, sebuah lagi persatuan pengguna lain yang dinamakan sebagai Consumers Association of Penang (CAP) telah ditubuhkan di Dewan Bandaraya Pulau Pinang.

Penubuhan Persatuan Pembeli Yang Pertama Di Malaysia

Ia adalah merupakan sebuah persatuan sukarela yang menjadi ahli kepada International Organisation of Consumers Union (IOCU), Pertubuhan Pengguna Antarabangsa.

Tujuan utama penubuhan Consumers Association of Penang (CAP) ini adalah untuk menyatukan para pengguna dalam satu pertubuhan untuk melindungi hak-hak pengguna melalui tindakan bersama.

Persatuan yang telah ditubuhkan oleh Persatuan Khek Pulau Pinang itu adalah merupakan pembuka jalan kepada penubuhan Consumers Association of Penang (CAP) yang menjadi satu persatuan cukup aktif.

Penubuhan Persatuan Pembeli Yang Pertama Di Malaysia

Consumers Association of Penang (CAP) amat memberi kesan dalam melindungi hak-hak pengguna di Pulau Pinang khasnya dan telah menjadi ikutan buat seluruh kawasan dalam negara.

Rujukan:

  • Berita Harian, 18 Januari 1965, hal. 3

Sumber : OrangKedah