Perakam Suara Kokpit Pesawat Lion Air Indonesia Akhirnya Berjaya Ditemui

Perakam suara kokpit (CVR) pesawat malang Lion Air JT610 yang terhempas kira-kira 2 bulan lepas akhirnya berjaya ditemui semalam, menurut laporan BBC Indonesia.

Kompenan lain bahagian kotak hitam iaitu Flight Data Recorder (FDR) sudah berjaya ditemui pada 1 November 2018.

Sebelum ini, Indonesia dikejutkan dengan insiden kemalangan udara apabila pesawat jenis Boeing 737 Max terhempas ketika melalui kawasan perairan di Karawang, Jawa Barat, pada 29 Oktober 2018. Kesemua 189 orang penumpang termasuk kru penerbangan disahkan terkorban dalam kemalangan tersebut.

TNI Angkatan Laut

Bagaimanapun menurut Ketua Pengarah Komite Nasional Keselamatan Transportasi (KNKT), Soerjanto Tjahjono, laporan awal analisis data perakam tersebut akan dikeluarkan dalam tempoh sebulan.

”Laporan awal itu menepati pertauran yang ditetapkan oleh International Civil Aviation Organisation (ICAO) dan peraturan kita, iaitu satu bulan. Kemudian, barulah laporan akhir dikeluarkan sekiranya analisis lengkap diperolehi.

”Kami berharap analisis tidak mengambil masa yang terlalu lama, semua orang tertanya-tanya apa yang terjadi kepada pesawat tersebut,” katanya.

CVR itu dikatakan ditemui di lokasi kira-kira 50 meter daripada lokasi FDR ditemui, menurut Pusat Hidrografi dan Oseanografi TNI Angkatan Laut (Pushidrosal).

Jamal Ramadhan/kumparan

Kompenan ini berfungsi untuk merakam audio percakapan juruterbang dengan pembantu juruterbang, bunyi sistem pesawat, suara loceng kecemasan sehingga kerusi bergeser sekiranya penumpang kabin bergerak

Berita penemuan kompenan penting itu memberi perasaan yang lega kepada keluarga mangsa yang terlibat yang ketika ini dalam usaha untuk mendapatkan jawapan sebenar apa yang berlaku kepada ahli keluarga mereka.

Selain CVR, pasukan penyelam turut menemui tulang-belulang dipercayai milik mangsa yang terkorban dalam nahas tersebut.

Sumber: BBC Indonesia

Sumber : SiakapKeli