‘Cara Tak Betul, Tu Anak Keras Dan Melawan’, Doktor Ini Kongsi Tips Cara Peluk Anak Dengan Betul

Ada banyak cara yang boleh diamalkan oleh ibu-bapa untuk mengeratkan hunungan kekeluargaan dengan si anak. Berbual, bermain bersama-sama ataupun kerap memeluk si anak apabila ada masa yang terluang.

Bagaimanapun, untuk melakukan semua perkara di atas ibu-bapa memerlukan imlu pengetahuan yang tepat. Takut-takut, terjadi seperti apa yang dikongsikan oleh Dr. Taufiq.

Mungkin disebabkan cara anda memeluk anak anda yang tidak betul, perasaan kasih sayang itu tidak sampai kepada mereka seperti yang anda sebagai ibu bapa harapkan.

Jom ikut tips-tips yang dikongsikan oleh beliau seperti dibawah. Semoga bermanfaat.

Mungkin cara kita peluk anak selama ni tak betul kot. Tu yang anak makin keras dan melawan!

Anak yang tak rasa dicintai dan disayangi memang akan lebih keras dan suka melawan. Padahal kadang kadang kita sayang je anak anak kita tapi rupa-rupanya mereka TAK DAPAT RASA.

Kita sayang je tapi mungkin mesej tu tak sampai kat anak kita!

Mungkin salah kita sebab kita tak belajar cara terbaik untuk MEREKA RASA apa yang kita rasa.

Sini saya nak kongsi cara peluk yang betul:

1. Baiki dulu emosi kita. Jangan pergi peluk anak masa kita tengah stress melampau. Ambil deep breathing dulu dan ambil nafas daripada perut untuk tenangkan emosi.

2. Melutut dulu, biar mata kita dan anak kita tu selaras atau satu level. Masa ni kalau kita ada buat salah kat anak pun, kita boleh je mintak maaf. Tak jatuh pun derajat mak ayah kalau mintak maaf kat anak.

3. Jangan peluk anak dengan paksaan. Kalau anak jenis susah nak bagi peluk atau rimas kena peluk, pandai pandai la cari cara untuk pujuk mereka. Alih fokus dan perhatian mereka pada benda di luar sana. Tunjuk pada anak kita tu kereta tengah melintas ke, burung berterbangan ke atau si ayah tengah berdengkur ke.

4. Dah berjaya peluk anak tu, samakan bahagian dada kita dengan dada anak kita. Rapatkan dada kita sampai bertemu dengan dada anak kita.

5. Ingat tau, jantung kita yang kat dada tu ada electromagnetic fields yang kuat yang boleh dikesan sejauh beberapa kaki daripada badan kita!

6. InsyaAllah dengan cara pelukan yang betul, anak kita akan lebih tenang dan dia akan boleh rasa yang dia disayangi.

7. Senakal nakal anak pun kalau dipeluk mereka akan kalah kerana keinginan untuk dipeluk itu adalah FITRAH TERINDAH mereka!

Saya suka ajar ilmu parenting di telegram saya. Klik link ni kalau nak join belajar dengan 130 ribu mak ayah yang lain 👉 t.me/NotaTaufiqRazif

P/s : Tolong sebarkan ilmu ni pada mak ayah yang lain ye sebab saya rasa ramai lagi mak ayah yang belum tahu tentang ilmu ni.

Sumber: Taufiq Razif

Sumber : SiakapKeli