Netflix Mempunyai 227 Sub-Kategori Rahsia Yang Boleh Diakses Dengan Kod Tertentu

Netflix adalah perkhidmatan penstriman yang agak terkenal. Ia menawarkan ribuan kandungan dari segi drama, filem, dokumentari atau rancangan TV. Bagaimana seseorang pengguna ingin mengakses kandungan-kandungan ini mengikut kategori? Netflix sudah pun mengasingkan kandungan mereka mengikut 19 kategori utama.

Kategori ini adalah Aksi & Pengembaraan, Klasik, Komedi, Drama, Filem Seram, Filem Romantik, Sains & Fantasi, Filem Sukan, Thriller, Dokumentari, Rancangan TV, Rancangan TV Remaja, Filem kanak-kanak & keluarga, Anime, Filem-filem tersendiri, Krismas dan Lain-lain. Tetapi, tahukah anda yang Netflix mempunyai sub-kategori rahsia yang mengasingkan lagi setiap kategori utama ini? Melalui sub-kategori ini, pengguna lebih mudah memilih kandungan yang ingin ditonton. Terdapat 227 sub-kategori daripada Netflix yang mudah untuk diakses.

Berikut adalah 227 sub-kategori yang boleh diakses;

Tapi, bagaimana untuk akses kesemua sub-kategori ini? Ianya agak mudah, tetapi perlu menggunakan pelayar web untuk mengaksesnya. Buka pautan https://netflix.com/browse/genre/xx di mana gantikan ‘xx‘ dengan kod tertentu yang anda boleh lihat melalui gambar di atas atau buka laman web khas – https://netflix-codes.com/

Mudah bukan? Cuba lihat jika ada sub-kategori yang anda gemarkan dan cuba buka. Untuk telefon pintar, selepas anda membuka pautan tersebut ia akan membuka aplikasi Netflix secara automatik.

Sumber : Amanz