(Video) Suasana Kota Bangkok Yang Sedang Dilanda Jerebu Teruk Ketika Ini

Bahagian Kawalan Pencemaran Thailand mengeluarkan amaran bahawa paras jerebu kekal tinggi di bandar utamanya, Bangkok pada Isnin dan Selasa.

Beberapa kawasan menunjukkan bacaan yang teruk antaranya di Jalan Kanchanaphisek di Bang Khunthian, Khlongjan di daerah Bang Kapi, Jalan Rama IV di daerah Pathumwan serta di daerah Thong Buri.

Beberapa kawasan lain juga menunjukkan bacaan yang berbahaya antaranya di kawasan-kawasan seperti Nakhon Phathom, Bang Kruai, Pathum Thani dan Khlong Nueng.

Pihak berkuasa dalam satu kenyataan menyeru orang ramai mengurangkan pencemaran termasuklah mengurangkan kekerapan menggunakan kenderaan peribadi dan mengelak daripada melakukan pembakaran terbuka.

Sementara itu, kerajaan tempatan Bangkok ketika ini sedang dalam peringkat perbincangan untuk melakukan pembenihan awan supaya hujan turun untuk mengurangkan pencemaran udara tersebut.

Orang ramai juga diingatkan supaya mengurangkan aktiviti di luar dan memakai topeng sekiranya perlu keluar daripada rumah bagi mengurangkan risiko masalah kesihatan disebabkan debu-debu tersebut.

Sumber: Bangkok Post

Sumber : SiakapKeli