(Video) ‘Sepanjang 2 jam show, 3 kali tikus menyerang’

Viral di media sosial luahan ketidakpuasan hati pelanggan berhubung penemuan seekor tikus di dalam panggung wayang, menimbulkan pelbagai reaksi netizen. 

Menurut Hyim A Ny yang memuat naik video itu berkata, kejadian itu berlaku di Growball Cinemax Kota Kinabalu. 
“Tikus apa ni, mau dihalau pun tidak mau lari. Growball Cinema, Hall 8. Hati-hati, nanti makanan dan minuman kamu kena rompak tikus. Tikus ini sangat bahaya, banyak penyakit yang dia bawa boleh menyebabkan maut,” katanya. 
Hyim berkata, sepanjang dua jam dia menonton wayang di panggung berkenaan, sebanyak tiga kali tikus datang menyerangnya. Sudah berkali menghalau haiwan kecil itu, namun tidak berkesan. 
Selain masalah tikus, Hyim juga mengadu mengenai tahap kebersihan dan bau busuk dalam panggung tersebut. 
“Sepanjang dua jam tayang, tiga kali tikus menyerang. Pukul pun balik juga. 
“Lagi satu, busuknya pawagam ini. Jagalah kebersihan. Mana selesa kalau bau macam mop lantai, bau lembab,” katanya. 
Berdasarkan video dan gambar yang dikongsi, tertanya keadaan kerusi dan lantainya kelihatan kusam dan kotor. Kelihatan seekor tikus juga mengelilingi minuman pengadu, enggan berganjak walaupun sudah dihalau beberapa kali. 
Sementara itu, dalam kenyataan Growball Cinemax di Facebooknya semalam berkata, pihaknya memohon maaf di atas kejadian itu. 
“Pihak kami sedang melakukan proses pembersihan besar-besaran dan pasti menaiktaraf semua hall secara berperingkat. 
“Kami berharap anda dapat bersabar dan memberi kami masa untuk melakukan proses-proses ini. 

“Kepada pemilik akaun Facebook Hyim, kami memohon maaf dan berharap anda dapat tampil ke hadapan supaya kami boleh membayar ganti-rugi anda,” kata kenyataan itu. 

Sumber : TheReporter