Nike Melancarkan Kasut Swa-Ikat Baru, Nike Adapt BB

Semalam, Nike berkongsi video acah mengenai kasut swa-ikat terbaru mereka. Melalui video acah tersebut, ia memperlihatkan reaksi pengguna terawal membuatkan mereka gembira dan turut dilihat kasut swa-ikat ini boleh dikawal dengan telefon pintar.

Hari ini, Nike melancarkan kasut swa-ikat terbaru mereka secara rasmi – Nike Adapt BB. Kasut swa-ikat terawal Nike, mereka menggunakan sistem yang dinamakan HyperAdapt. Untuk Nike Adapt BB, mereka hadir dengan sistem baruFitAdapt. Kasut swa-ikat ini boleh dikawal dengan telefon pintar, melalui aplikasi Nike Adapt. Selain daripada kawalan menggunakan aplikasi, turut terdapat butang yang bernyala di sisi kasut untuk kawalan manual.

Melalui aplikasi Nike Adapt, ia turut boleh menukar warna butang pada sisi kasut tadi. Kemudian sistem FitAdapt turut boleh ditetapkan beberapa tetapan tahap ketat kasut. Misalnya, sebelum mulakan sukan tahap ketat akan sedikit lebih longgar dan mula sahaja sukan – ia akan ketat secara automatik. Selesai sukan, ia akan secara automatik longgar semula. Kemaskini aplikasi Nike Adapt kelak, turut akan mempunyai tetapan khas hanya untuk senaman ringan/memanaskan badan.

Nike Adapat BB akan mula dijual di laman web rasmi Nike pada 17 Februari kelak. Harga jualannya adalah $350 iaitu sekitar RM1434 sepsang. Buat masa ini, Nike Adapt BB hanya sesuai untuk digunakan dengan sukan bola keranjang – kerana menurut Nike, ia mempunyai permintaan yang tinggi.

Sumber : Amanz