Satu Dunia Kecam Tindakan Penduduk Tempatan Baling Bom Api, Dakwa Gajah Rosakkan Harta Benda Kampung

Seekor ibu gajah dan anaknya telah diserang secara kejam oleh sekumpulan penduduk yang marah di sebuah bandar terpencil di India minggu ini.

Ibu dan anak itu cuba menyeberangi jalan di sebuah kampung di Bishnupur, ketika sekelompok orang mendekati mereka dengan obor yang menyala serta ‘bom api’.

Foto yang menyayat hati itu telah ditangkap oleh Biplab Hazra, memperlihatkan kedua-dua ekor gajah yang terkejut itu menyeberangi jalan dengan cepat apabila bom api dilemparkan ke arah mereka.

Gajah itu seperti keliru, tidak tahu arah tuju apabila hutan tempat tinggal mereka ditebang, dan ketika keluar mencari makanan, diserang pula oleh penduduk tempatan.

Satu laporan oleh berita Caters mendakwa penduduk tersebut marah kerana inign menghalang gajah tersebut daripada merosakkan tanaman dan harta mereka.

Pembasmian hutan di seluruh India menyebabkan banyak haiwan melancarkan habitat manusia untuk mencari makanan dan tempat tinggal.

Haiwan itu dikatakan sering berkeliaran melalui kampung-kampung atau di seluruh ladang tanaman, cuba mencari tempat untuk mendiami.

Sebagai menghalang ‘gerakan’ itu, penduduk kampung telah mula menggunakan taktik yang melampau untuk mengusir mereka sekaligus menyelamatkan harta benda.

Gambar kemudian menunjukkan ibu gajah dan anaknya melarikan diri ke laluan keretapi berdekatan yang telah dibina melalui habitatnya.

Serangan penduduk tempatan terdapat haiwan itu walau bagaimanpun telah mendapat kritikan hebat netizen yang rata-rata mengutuk serangan kejam tersebut.

“Mereka yang terlibat dalam kekejamaan ini adalah mereka yang tidak baik.  Ketamakan dan keserakahan kamu akan mengaburi tindakan baik yang dibuat”

“Tak boleh bayangkan.  Dengan manusia mengambil alih semua tanah mereka di mana mereka sepatutnya pergi ?!”

Orang lain menyeru pihak berkuasa untuk menangkap dan membebaskan haiwan itu kepada habitat yang sepatutnya serta menahan individu yang bertanggungjawab terhadap serangan itu.

“Jika ini benar, gambar ini mengandungi lokasi dan wajah yang tepat dari penjenayah. Sekiranya ada pihak yang ingin mengambil tindakan, kami berada di sini untuk menyokong anda.”

Namun, ada juga yang bersimpati dengan penduduk kampung yang hanya melindungi mata sumber mereka, tetapi tidak dapat membiarkan keganasan terhadap haiwan yang tidak bersalah.

Habitat encroachment is a huge problem causing human-elephant conflict. Warning. Heartbreaking photos.https://t.co/Tsb9bWoKg4 https://t.co/Tsb9bWoKg4

— Jaya Savannah (@SacredElephants) January 15, 2019

Sumber: News Au

Sumber : SiakapKeli