Hotel ‘Pecat’ Robot Tak Bantu Layan Tetamu

Tokyo: Sebuah hotel ikonik di Jepun yang terkenal dengan penggunaan robot sebagai pekerja dilaporkan telah ‘memecat’ sekitar 243 robot  kerana didapati tidak membantu untuk melayani tetamu yang menginap di situ.

Hotel Henn-Na sebelum ini meraih publisiti pada tahun 2015 selepas menggajikan ratusan robot yang kononnya pelik tapi berguna untuk bekerja di hotel tersebut bagi menggantikan tenaga kerja manusia.

Related image

Bagaimanapun, tujuan, visi dan misi hotel tersebut tidak dapat tercapai apabila banyak robot yang didapati rosak sehingga menganggu operasi hotel.

Selain itu, terdapat robot penyambut tetamu yang tidak memahami bahasa yang digunakan pengunjung selain tidak dapat memproses arahan yang diberikan.

Image result for Henn-na hotel robots

Sebuah robot yang diletakkan di dalam setiap bilik tetamu dikenali sebagai Churi juga dikatakan tidak berguna kerana tidak memahami permintaan tetamu dan adakalanya mengejutkan mereka pada tengah malam berikutan menyangka suara dengkuran adalah satu arahan.

Kerosakan yang sering berlaku ini menyebabkan pemilik hotel terpaksa menganggung kos baik pulih disamping menerima tindak balas yang kurang menyenangkan dari pihak pelanggan yang kecewa dengan perkhidmatan mereka.

Bagaimanapun, pihak pengurusan hotel Henn-Na bercadang untuk menggunakan teknologi robotik yang lebih baik pada masa hadapan bagi menaikkan mutu perkhidmatan mereka selain kekal menjadi hotel robot pertama di dunia.

Sumber: Futurism

Sumber : SiakapKeli