(Video) Ramai Tahu Rokok Membahayakan Kesihatan, Tetapi Bagaimana Sebenarnya Rokok Merosakkan Badan?

Rata-rata menyambut baik keputusan kerajaan untuk menjadikan premis menjual makanan seperti restoran sebagai zon larangan merokok.

Walaupun terdapat bantahan, namun tidak ada sesiapa pun dapat menafikan bahawa larangan moerokok ini mempunyai kebaikkan selain mewujudkan persekitaran yang lebih sihat buat semua orang.

Seperti yang diketahui, merokok membahayakan kesihatan. Kempen demi kempen, teguran demi teguran dan sebagainya kerap diuar-uarkan oleh media. Semua orang pun tahu rokok tidak baik untuk tubuh badan, tetapi jika ditanya bagaimana rokok membahayakan tubuh badan, mungkin ramai yang masih belum tahu.

Collective Evolution

Sebenarnya, rokok dan asap rokok memberikan bahaya kepada tubuh badan terutamanya badan perokok itu sendiri bermula daripada giginya sendiri lagi. Dengan setiap sedutan, terdapat lebih 5,000 jenis bahan kimia yang turut diserap masuk ke dalam badan.

Antara bahan kimia tersebut adalah karbon monoksida, cresol, cadmium, pyridine dan sebagainya. Bahan-bahan kimia ini kemudiannya akan ‘bersentuhan’ dengan tisu-tisu badan.

Di peringkat awal, bahan kimia yang dikenali sebagai tar, satu bahan berwarna gelap  akan menyelaputi bahagian gigi serta gusi dan meninggalkan kesan kekuningan. Tar ini juga mampu merosakkan kawasan enamel sekaligus memberi masalah kepada kesihatan gigi.

Selain itu, merokok juga boleh merosakkan saraf hujung yang terdapat dibahagian bawah hidung. Akibatnya, deria bau perokok juga akan menjadi semakin kurang sensitif.

gypsy.ninja

Apabila asap memasuki kawasan paru-paru, ia boleh menyebabkan berlakunya jangkitan pada organ tersebut serta beberapa penyakit kronik yang lain antaranya bronchitis dan emphysema.

Keadaan ini terjadi apabila asap rokok merosakkan satu bahagian pada sel dikenali sebagai cilia, satu struktur kecil seperti rerambut yang berfungsi sebagai penapis udara. Apabila gagal ditapis, asap rokok ini kemudian akan menuju masuk ke satu bahagian lain yang dikenali sebagai aveolli.

Alveoli adalah satu poket kecil pada paru-paru yang berfungsi sebagai tempat pertukaran diantara gas oksigen dengan karbon monoksida diantara paru-paru dengan darah.

Gas toksik seperti karbon monoksida apabila melepasi membran aveoli dan memasuki salur darah akan bergabung dengan hemoglobin dan menggantikan tempat oksigen. Hemoglobin berfungsi untuk mengangkut oksigen ke seluruh badan. Ini merupakan salah satu punca mengapa ramai perokok menghadapi masalah pernafasan seperti nafas pendek ataupun tersangkut-sangkut.

livemint.com

Dalam tempoh 10 saat sahaja, satu lagi bahan kimia berbahaya iaitu nikotin akan diangkut oleh darah kepada bahagian otak. Nikotin, satu bahan yang bersifat stimulatif akan mencetus dan melepaskan satu hormon yang dikenali sebagai dopamine dan neurotransmitter yang lain termasuklah endophirn yang menghasilkan rasa sensasi dan rasa ketagihan merokok.

Nikotin dan bahan kimia yang lain juga juga pada masa yang sama turut menyebabkan berlaku penyempitan salur darah dan merosakkan permukaan lembut endothelial sekaligus menyukarkan proses mengangkut darah.

Kesan vaskular ini juga menyebabkan dinding salur darah semakin menebal dan memudahkan platlet darah untuk melekat serta bergumpal. Akibatnya, ia boleh menjadi pencetus kepada masalah jantung dan masalah strok.

Selain itu, bahan kimia lain yang ada pada rokok juga boleh menyebakan berlakunya mutasi berbahaya pada DNA manusia yang menjadi punca kepada penyakit kanser. Kandungan kimia seperti arsenik dan nikel boleh mengganggu proses membaiki DNA yang mengurangkan keupayaan badan untuk bertahan dengan serangan kanser-kanser.

biocaretherapy.com

Di Amerika Syarikat, 1 pertiga daripada kematian akibat penyakit kanser berpunca daripada tabiat merokok. Bukan setakat kanser paru-paru, merokok juga boleh menyebabkan berlakunya kanser mulut, kanser kerongkong, kanser hidung, kanser hati dan banyak lagi.

Perokok juga cenderung untuk mempunyai masalah penglihatan dan juga tulang yang lebih rapuh untuk kesan jangka panjang. Bagi wanita pula, mereka sukar untuk hamil dan sistem reproduktif bagi lelaki juga boleh terganggu.

Anda boleh saksikan video penuh dibawah untuk memahami lebih lanjut bahaya asap pada badan manusia.

Sumber: TED-Ed

Sumber : SiakapKeli