Jangan Bandingkan Kebolehan Anak Kita Dengan Orang Lain

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Tipulah kalau tidak sedih sekiranya ada yang membandingkan kita dengan orang lain. Begitulah yang sering dirasai oleh anak-anak kita sekiranya ibu bapa membandingkan kebolehannya dengan kawan atau adik beradik yang lain.

Walaupun sesetengah ibu bapa menganggap ia sebagai perkara yang biasa tetapi sebenarnya ia boleh menyentuh perasaan anak-anak. Walhal setiap anak itu mempunyai kelebihan dan kekuatan yang tersendiri, jangan disebabkan kurang lancar membaca berbanding kawannya yang lain pada umur tertentu membolehkan anda mentafsirkannya sebagai lambat.

Firdaus Shakirin ada berkongsi pendapatnya tentang sesetengah keluarga yang suka membandingkan kebolehan anaknya dengan orang lain.

“Anak Su dah boleh membaca ke belum?”

Belum lagi…baru sikit2…baru kenal2 huruf…

“Ye ker? Puteri dah pandai membaca dah…ckp English pun dah boleh…”

Hmm…baguslah…

“Anak Su sama umur dgn Puteri kan…kenapa anak Su lambat bleh membaca?”

Hallluuuuu puuuuliiiss….!!!

Anak org lambat membaca, anak org lambat mengira, anak org lambat bercakap, anak org lambat berjalan, anak org lambat merangkak, semua nak compared dgn anak sendiri eh?

Anak kita “advance” dari anak orang, one step ahead of anak orang lain, terus diagung-agungkan…terus dijadikan satu penanda aras yang setiap anak itu kena capai macam mana yg anak kita capai…

Macam tu…?

Perkembangan, tahap kebolehan dan kemampuan berfikir setiap anak itu berlainan…kita sesama adik beradik kita pun lain-lain kebolehan dan kemampuannya, apatah lagi anak kita dgn anak org lain…

Bukan tak boleh buat perbandingan, cumanya kata-kata kita tu boleh menyebabkan ibu bapanya terasa, kata-kata kita itu menyakitkan hati ibu bapanya…ibu bapa mana nk anak dia lmbat membaca, mengira dan sebagainya? Semua ibu bapa nak anak dia sama mcm anak org lain…

Kita rasa mcm tak ada apa-apa, biasa ja percakapan kita, walhal ‘makan dalam’ bagi ibubapa yg mendengar terutama si ibunya yang mengandungkannya 9 bulan 10 hari then bila dah lahir, anaknya pulak dibanding-bandingkan…

Ubah cara kita bertanya tu…bagi harapan, dan doakan anak tu…”Lama-lama nanti boleh la tu…lama-lama nanti, dia pandai la tu, InsyaAllah” and stop judge anak org lain dengan pencapaian anak sendiri…

Anak awak, anak awak…anak dia, anak dia…

Perangai-perangai kuno yang tak bertamadun tu, tinggal-tinggalkan la…Mungkin hari ini dia lambat membaca, lambat mengira, tapi once dia dah boleh, dia yang selalu score dalam exam, dia yang selalu dapat no 1…anak kita yang cepat membaca tu pulak, dapat biasa-biasa ja…

Masa tu, kita pulak yang nak meroyan, nak menggelabah…kita plak yg nak meletakkan tekanan kepada anak kita…

“Puteri, kau tengok anak makcik Su kau tu, si Aleesya…dulu dia lambat membaca dari kau, tapi kenapa sekarang dia yang selalu dapat no 1 dalam kelas?”

Berlapang dada lah dengan setiap perkembangan anak-anak yang ada disekeliling kita tak kisah lah itu anak ipar ke, anak kawan2 ke, anak rakan sepejabat ke atau anak sapa-sapa pun…dan tak payah rasa nak membanggakan sesuatu yg belum pasti lagi apa hasilnya kelak bila dia besar nanti…

“Don’t compare your kid to others, there’s no comparison between the sun and the moon.They just shine when it’s their time”

Sama ada anak kita lebih cepat perkembangan berbanding kawannya yang lain harus diingat jangan pernah bandingkannya. Sebagai ibu bapa anda harus percaya bahawa setiap anak itu melalui perkembangan yang berbeza walaupun sekarang ia lambat membaca mungkin satu masa nanti dia lebih berjaya daripada orang lain.

Sumber: Firdaus Shakirin

Sumber : SiakapKeli