Virus ‘Toxic Stress’ Pembunuh Kerjaya Dalam Diam Yang Ramai Tak Tahu

Ramai yang tak tau ‘Toxic Stress’ ni merupakan pembunuh senyap! Kalau tak segera dirawat ia boleh menjadi virus yang akan merebak dengan cepat tau.

Korang juga mungkin akan kehilangan kerja kerana nya! Jom kesan, ada tak virus ‘Toxic Stress’ ni kat diri korang.

Tekanan ni adalah perkara biasa yang terjadi di dunia sekarang ini, setiap perkara yang berlaku dalam kehidupan mempunyai stress level tersendiri. Namun apa yang paling menakutkan adalah apabila tekanan biasa menjadi tekanan yang kronik! Tekanan kronik ni akan membuatkan korang hadapi  emosi yang terumbang ambing bak roller coaster. Bila korang dah berada pada tahap ni korang perlu berjaga-jaga!

Ada yang berpendapat bahawa tekanan tu bagus, sebab dia akan buat seseorang tu lebih gigih untuk berdiri dengan kaki sendiri. Lebih tinggi tekanan yang dihadapi lebih tinggi juga kekuatan diri korang akan berkembang dengan pantasnya.

Tekanan tu bagus, tapi bila korang alami tekanan berterusan ini yang tak bagus weh! Sebab tekanan berterusan akan buat korang kurang fokus dan tak capai objektiviti kerja korang yang sepatutnya. Bila alami terkanan berterusan korang juga cenderung untuk tak tepati janji, dan bila bos minta korang kerja lebih masa korang akan merengus dan melakukan sesuatu pekerjaan dengan penuh keterpaksaan dan bebanan.

Toxic stress ni berpunca daripada tekanan yang berterusan, Apa yang berlaku jika tekanan berterusan ni tak dirawat dan diluar kawalan korang?

Perkara yang dahsyat akan berlaku terhadap kerjaya korang, sebab virus ‘toxic stress’ ni akan menular dan melemahkan segala tenaga kerja korang untuk melakukan kerja. Dia juga akan mengancam kerjaya korang. Bila korang tak boleh nak perform, kualiti kerja korang akan menuru. Dan korang juga berisiko untuk dibuang atau kehilangan kerja!

Tanda-tanda korang dah terinfeksi dengan virus ‘toxic stress’ ni adalah otot badan korang akan mula menegang, bahagian tapak tangan dan ketiak mulai berpeluh, pernafasan tak teratur, kerap mengeluh dan degupan jantung menjadi tak stabil sehingga menyebabkan sakit kepala. Korang juga akan rasa loya dan mual tanpa sebab.

Lebih buruk lagi kemahiran berfikir korang akan mulai berkurang dan sosial skill korang juga akan terjejas. Korang akan murung dan kurang bergaul dengan rakan-rakan sekerja. Kalau korang dulunya seorang yang rajin berceloteh, tiba-tiba je korang akan jadi seorang yang pasif dan pendiam. Dan perkara-perkara kecil akan menjadi perkara yang besar.

Ramai yang tak tahu betapa hebatnya kesan stress kronik ni boleh menghancurkan hidup seseorang.

Seorang netizen pernah berkongsikan pengalaman yang dialami oleh bapanya sendiri kepada Maukerja Bagaimana stress kronik ini meragut nyawa bapanya secara tiba-tiba. Ini kisahnya.

‘Ayahku seorang pengurus di sebuah syarikat. Satu hari ayah pulang ke rumah dengan keadaan tak terurus & perasaan yang berkecamuk. Terlampau banyak masalah di pejabat untuk diselesaikan dan terjadi pertelingkahan pendapat yang perlu dikawal olehnya sebagai seorang pengurus. Emak cuba menenangkan ayah, namun hanya sepatah kata yang terkeluar dari bibirnya ‘I’m done’. Dan malam itu, ayahku diserang penyakit jantung akibat ‘stress kronik’ yang dialaminya dan meninggal dunia.’

Inilah pentingnya untuk stress kronik dirawat dengan segera, kerana ia bukan sahaja buat korang kehilangan kerja, malah boleh meragut nyawa seandainya tekanan toxic dibiarkan berterusan dan berada di paras puncak serta tak terkawal lagi.

1. Kesedaran Diri

Korang kena ambil tahu apa perkara-perkara yang akan membangkitkan tekanan? Korang kena kaji dan kenalpasti punca tekanan dan cuba untuk elakan tekanan menjadi berterusan. Sekiranya tertakan cepat-cepat mengawalnya dan selesaikan punca tekanan tersebut!

2. Kawalan Diri

Kawal diri semasa melakukan tugasan berat, cuba berkomunikasi dengan rakan-rakan sekerja supaya tak berakhir dengan tekanan. Kongsi beban kerja dengan rakan-rakan supaya ia dapat diselesaikan bersama-sama.

3. Penghargaan Diri

Takde alasan untuk korang tak hargai diri korang sendiri. Sekali sekala beli la sesuatu yang korang suka sebagai self-reward untuk mengembirakan hati sendiri. Luangkan masa untuk berehat dan relaks daripada memikirkan soal kerja. Ingat bila bab kerja korang tak seharusnya berseorangan menyelesaikan nya, korang ada kumpulan yang boleh bantu korang sama-sama atasi segala permasalahan kerja.

Kunci utama untuk membinasakan mush kerjaya korang iaitu ‘Stress Kronik atau Toksik’ adalah dengan bertanggungjawab keatas diri sendiri, sayangi diri sendiri. Sebab korang je yang boleh kawal sisi buruk diri sendiri dan menguasai tekanan supaya tidak menghanyutkan diri korang. Ingatlah keluarga tercinta sekiranya korang bercadang nak lakukan perkara-perkara bodoh!

Sumber : SiakapKeli