Xiaomi Memperlihatkan Prototaip Peranti Dengan Ruangan Pengimbas Cap Jari Pada Skrin Lebih Luas

Pada hari ini, terdapat sejumlah peranti yang hadir dengan sokongan pengimbas cap jari terbina pada skrin. Walaubagaimanapun, salah satu kekangan untuknya adalah dimana ruangan untuk pengimbas cap jari berkenaan adalah terhad dan tidak begitu luas berbanding saiz peranti berkenaan.

Dalam mengatasinya, kini Xiaomi memperlihatkan sebuah peranti prototaip yang menyertakan pengimbas cap jari pada skrin bersaiz lebih luas.

Menurut perkongsian, ia dikatakan meliputi ruangan sebesar 25mm x 50.2mm. Walaupun masih kecil dan tidak meliputi keseluruhan skrin, namun ia boleh dikatakan langkah ini adalah penambah-baikkan berbanding sedia ada.

Ia tidak diketahui lagi bilakah Xiaomi akan menggunakan sokongan pengimbas cap hari baru ini pada peranti mereka.

Selain Xiaomi, Oppo turut memperlihatkan sokongan lebih kurang sama pada hari ini – selain Vivo turut telah memperlihatkannya sebelum ini.

Sumber : Amanz