Xiaomi Mi Band 2 Boleh Didapati Pada Harga RM59

Bersama-sama promosi untuk Pocophone, pihak Xiaomi juga kini turut menawarkan Mi Band 2 pada harga diskaun, iaitu hanya RM59.

Promosi ini disediakan oleh pihak Xiaomi selari dengan Tahun Baru Cina yang menjelang tiba.

Xiaomi Mi Band 2

Mi Band 2 hadir dengan panel OLED yang memaparkan notifikasi dan waktu, sebuah butang sesentuh, selain sokongan kalis air. Ia sesuai digunakan untuk mereka yang mengamalkan gaya hidup aktif, selain untuk mereka yang ingin memantau aktiviti harian. Menariknya juga, gelang tangan pintar ini hadir dengan sokongan ketahanan bateri sehingga 21 hari lamanya.

Bagi anda yang berminat, boleh membeli Mi Band 2 ini pada harga RM59 melalui Lazada hari ini sahaja.

Sumber : Amanz