“Nasi Sepiring, Air Segelas,” Gelagat Abang Penyayang Buat Ramai Netizen Terharu

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Keprihatinan seorang abang terhadap adiknya menyentuh hati orang ramai.  Perkongsian daripada Ustaz Nazri, mendapat perhatian ramai pihak terutama daripada ibu bapa.  Orang ramai memberi respon luar biasa dengan memuji kedua ibu bapa anak-anak ini kerana telah memberikan contoh yang baik.

Catatan ini digarap kembali melalui gambar yang terpancar nilai-nilai murni anak kecil ini, dalam memikul tanggungjawabnya sebagai seorang abang kepada adik perempuannya.

Entah kenapa,

hati saya begitu terusik dgn gambar yg dihantar oleh seorang guru, di dalam group telegram Kami.

Seorang abang, menyuapi adiknya makan di pagi hari ketika di kantin sekolah kami.

Satu pemandangan Indah, yg bukan direka2. Ianya lahir dari kasihnya seorang abang kpd adiknya. Nilai yg ditonjolkan ini tiada tolok bandingnya.

Sejauh mana kepintaran seseorang murid, ia tidaklah mendatangkan kepuasan, seperti mana yg kami lihat Hari ini.

Semoga, ia memberi inspirasi kpd murid yg lain, bahkan kepada semua, termasuk anak2 kita.

Ameen.

#NazriAlkeluangi

Antara ulasan netizen:

Sumber: Ustaz Nazri

Sumber : SiakapKeli