Samsung Galaxy A7 2018 Kini Ditawarkan Pada Harga RM 1099

Samsung Galaxy A7 2018 dilancarkan di Malaysia pada bulan Oktober tahun lalu. Ia merupakan peranti pertama keluaran mereka yang dilengkapi sistem tri-kamera yang memberikan kemampuan bukan sahaja mod bokeh malahan hadir dengan lensa sudut ultra lebar. Peranti ini kini dijual pada harga RM 1099 sebuah iaitu pengurangan dari harga asal RM 1299.

Dari segi spesifikasi ia dilengkapi skrin 6-inci SAMOLED FHD+, dijana pemproses lapan teras 2.2 GHz, memori 4/6 GB dan storan 64/128GB. Tri-kamera utama adalah kombinasi sensor 24-Megapixel f/1.7, 8-Megapixel f/2.4 lensa ultra lebar dan sensor kedalaman 5-Megapixel. Kamera hadapan pula sebesar 24-Megapixel f/2.0 dengan sokongan flash. Seperti pada Galaxy Note 9, aplikasi kamera hadir dengan sokongan Scene Optimiser yang melakukan tetapan kamera secara automatik bergantung kepada objek yang diambil

 

Bateri sebesar 3300 mAh membekalkan kuasa dengan sokongan pengecasan pantas Adapative Fast Charging menerusi port USB-C. Ia masih lagi menggunakan sistem operasi Android 8.0. Terdapat sokongan audio Dolby ATMOS, NFC dan bluetooth 5.0.

Sumber : Amanz