Kekal Sebagai Peneraju Platform ECF, pitchIN Lebih Bersedia Untuk 2019

Baru-baru ini, laporan pendanaan sumber umum ekuiti (ECF – Equity Crowdfunding) terkemuka di Malaysia telah melancarkan pitchIN Equity Crowdfunding Report 2018. Laporan ini mengandungi penyataan statistik industri ECF seperti tawaran yang dibuat, bilangan dan profil pelabur serta penyataan serba ringkas berkenaan pelaksanaan syarikat pengumpulan dana ini.

Sebahagian penerbit telah mengfokuskan kepada syarikat-syarikat yang mengumpul dana pada 2016 dan 2017 untuk melihat tahap perbandingan. Setakat ini, laporan yang dinyatakan mendedahkan bahawa sebahagian besar syarikat mencatatkan pendapatan yang lebih tinggi berbanding tempoh sebelum penglibatan mereka dalam pitchIN.

Sam Shafie, Ketua Pegawai Eksekutif pitchIN menyatakan bahawa mereka gembira akan peningkatan lebih tinggi syarikat-syarikat pemula ini di mana selepas setahun lebih mereka berjaya meningkatkan dana mereka. Antaranya adalah Karyawan, WOBB, MyCash, Qeos Led dan Signature Market telah menunjukkan peningkatan dalam pendapatan mereka empat kali atau lebih tinggi dalam jangka masa satu atau dua tahun ini.

pitchIN turut mengekalkan kedudukan mereka selaku peneraju dalam kalangan pengendali ECF pada tahun 2018. Jumlah tawaran yang berjaya dilakukan sedikit berkurangan iaitu daripada 22 kempen pada 2017 hingga 14 kempen pada 2018. pitchIN turut mengekalkan rekod kejayaan 100% mereka dalam pengutipan dana di mana mereka perolehi lapan tawaran yang berjaya dilakukan, sebahagian pasaran perolehi 57% untuk tawaran ECF yang telah dibuat pada 2018. Di samping itu, purata saiz urus niaga telah meningkat kepada RM1.7 juta pada 2018 berbanding RM1.1 juta pada tahun 2017. Akibatnya, 75% daripada jumlah keseluruhan dana yang diperolehi melalui pitchIN pada tahun lalu.

Angka penglibatan bagi pelabur pada pitchIN dilihat terus meningkat, dengan memperlihatkan sebanyak 1200 pelaburan telah dilakukan. Hampir 55% daripada pelaburan tersebut telah dilakukan oleh pelabur runcit, mereka dilihat lebih menonjol dengan baik untuk industri. Selain itu, pitchIN turut berkongsi yang mana salah satu startup, DotAsia Ventures misalnya telah berjaya mengumpulkan jumlah RM5 juta melalui ECF (RM3 juta) dan pensendirian (RM2 juta). Perjanjian ini kemudiannya diperakui sebagai perjanjian ECF terbesar di Malaysia oleh Malaysia Book of Records. Manakala pada Oktober 2018, Fundaztic Dana memperolehi dana ECF berjumlah RM4 juta dan perjanjian penempatan swasta ini dikatakan berlangsung dalam masa 38 minit sahaja.

Untuk tahun ini, Sam Shafie bertegas bahawa pitchIN dapat mengulangi pencapaian mereka dengan lebih baik berbanding tahun sebelum ini. Dengan adanya saluran sokongan yang kukuh, pitchIN teruja akan tawaran yang diterima menjelang tahun 2019 ini.

Sumber : Amanz