Elak terhidu asap toksik, rakyat Thailand guna coli dan spender sebagai topeng muka

Rakyat di Thailand mengambil inisiatif yang ‘kreatif’ dengan menggunakan coli dan seluar dalam sebagai topeng muka bagi mengelak terhidu asap toksik yang melanda Bangkok itu sejak Ahad lalu. 

Ibu negara Thailand itu dilanda masalah pencemaran udara itu sejak Ahad lalu sehingga mencetuskan amaran kesihatan dan terpaksa membuat hujan tiruan. 
Sejak dari itu, penjualan topeng muka N95 mendapat permintaan tinggi sehingga banyak kedai yang mengalami kehabisan stok. 
Keadaan itu memaksa rakyatnya mengambil insiatif menggunakan topeng muka dari sumber yang sedia ada, bagi menghalang asap toksik itu disedut terus ke dalam paru-paru.
Asap toksik dengan campuran zarah halus itu, lapan kali lebih tinggi daripada paras selamat dijangka berterusan sehingga bulan depan. Keadaan akan menjadi lebih teruk jika cuaca panas dan lembab. 

Sumber: Daily Mail

Sumber : TheReporter