Dolby Menguji Aplikasi Audio Terimbuh ‘234’ – Ibarat VSCO Untuk Audio

Dolby adalah satu nama yang cukup terkenal dalam industri audio. Antara yang kita biasa dengar adalah Dolby Atmos. Terkini, Dolby dilihat ingin sertai arena digital melalui aplikasi sosial media yang memfokuskan audio.

Aplikasi yang Dolby uji ini adalah 234 atau sebelum ini menurut sumber adalah Dolby Live. Ia adalah aplikasi audio terimbuh (augmented audio) di mana ia mampu mengesan bunyi latar dan membatalkannya. Bayangkan ia adalah teknologi pembatalan hingar, tetapi secara digital. Aplikasi 234 ini turut membenarkan pengguna membeli pek-pek audio dan menyuntingnya melalui fungsi EQ terbina. Ia juga boleh dikatakan adalah aplikasi merakam audio yang mempunyai fungsi tambahan unik.

234 turut mempunyai integrasi platform sosial media audio lain seperti SoundCloud dan turut mempunyai platform tersendiri Dolby. Jika anda masih keliru dengan aplikasi 234 ini, anda bayangkan sahaja ia adalah Instagram atau VSCO – tetapi untuk audio dan bukannya gambar. Pengguna turut boleh menambah kesan bunyi, menggunakan ciri tambahan seperti metronom untuk menghasilkan karya dan banyak lagi.

Ini mungkin adalah antara langkah pertama Dolby untuk ke arena sosial media. Aplikasi ini menurut sumber, telah pun diuji Dolby sejak Jun tahu lepas lagi. Laman web pendaftaran dilihat tidak boleh diakses di Malaysia. Kita mungkin akan lihat butiran lebih lanjut mengenai 234 dalam masa akan datang.

Sumber : Amanz