Razer Tomahawk Elite – Rangka Komputer Desktop Dengan Sistem Penyejukan Cecair Terbina Di Dalam

Razer ialah sebuah jenama yang terkenal untuk aksesori dan perkakasan gaming mereka. Dari papan kekunci ke tetikus dan komputer riba gaming, mereka juga telah bekerjasama dengan beberapa pembina rangka komputer untuk membina rangka komputer desktop yang bertemakan Razer.

Terkini, Razer nampaknya telah memperlihatkan rangka komputer desktop mereka sendiri melalui Razer Tomahawk Elite. Rangka komputer ini dibina berdasarkan rangka Razer Tomahawk sebelum ini, dan hadir dengan warna serba hitam, sesuai untuk mereka yang ingin membina komputer yang bertemakan warna tersebut.

Rangka Tomahawk Elite ini hadir dengan beberapa ciri yang cukup menarik, seperti sistem penyejukan cecair yang terbina didalamnya didalam satu kerjasama dengan EK Waterblock memudahkan pembina-pembina komputer yang juga ingin membina komputer yang menggunakan sistem penyejukan cecair untuk menyejukkan CPU dan juga kad grafik.

Dalam pada itu, rangka ini juga hadir dengan panel kaca di bahagian kiri, kanan dan atas, dimana panel bahagian atas akan dibuka secara automatik apabila suhu dalaman didapati panas,manakala kedua-dua panel kiri dan kanan boleh dibuka untuk mendapatkan akses mudah kepada komponen-komponen di dalam.

Sumber : Amanz