Imej Pengolokan Untuk Empat Peranti Motorola Moto G7 Tertiris

Keluarga Motorola Moto G7 dipercayai akan dilancarkan secara rasmi di acara MWC 2019 pada penghujung bulan Februari kelak. Rekaan empat peranti kelas pertengahan ini telah tertiris menerusi imej pengolokan rasminya serta beberapa maklumat mengenai spesifikasi.

Motorola Moto G7 Plus dan Moto G7 adalah versi yang paling berkuasa masing-masing dijana oleh pemproses Snapdragon 660. Perbezaan terletak pada saiz skrin. Kedua-duanya dilengkapi takuk kecil untuk kamera hadapan dan sistem dwi-kamera pada bahagian belakang.

Motorola G7 Play pula mempunyai spesifikasi lebih rendah dijana cip Snapdragon 632 dengan satu kamera utama pada bahagian belakang. Pada bahagian hadapan peranti mempunyai takuk besar seperti sebuah iPhone X. Akhir sekali ialah Motorola Moto G7 Power yang hanya dilengkapi pemproses Snapdragon 625 dan juga satu kamera utama. Memandangkan ia sebuah peranti Power, ia dilengkapi bateri sebesar 5000 mah.

Sumber : Amanz