Israel Tuduh Tun Mahathir ‘Anti-Semitisme’, Larang Kemasukan Atletnya Bertanding

Israel menuduh Perdana Menteri Malaysia, Mahathir Mohamad, ‘anti-semitisme melampau’ selepas beliau melarang atlet Israel daripada bersaing dalam acara yang melayakkan mereka untuk ke Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

Malaysia didakwa enggan memberikan visa kepada atlet Israel yang dijadualkan mengambil bahagian dalam acara yang akan diadakan di Sarawak pada bulan Julai ini.

Pada Rabu lalu, menteri luar Malaysia, Saifuddin Abdullah, mengesahkan kabinet telah memutuskan Malaysia tidak akan menganjurkan acara yang melibatkan Israel atau wakilnya.

Timbalan Menteri Sukan, Sim Hee Kyung, yang mengatakan keputusan itu merupakan salah satu cara untuk memprotes penindasan Israel terhadap rakyat di Palestin.

Walau bagaimanapun, keputusan tersebut menerima kritikan hebat Kementerian Luar Negara Israel, dengan jurucakap Emmanuel Nahshon menggelar larangan tersebut sebagai perkara yang memalukan dan memberitahu bahawa perkara itu benar-benar melunturkan semangat Olimpik diantara atlet.

“Israel mengutuk keputusan anti-semitisme Mahathir,” kata Nahshon.

Beliau dalam pada itu menyeru Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa untuk memaksa Malaysia menarik balik keputusan atau memindahkan acara tersebut ke negara lain.

Sumber: The Guardian

Sumber : SiakapKeli