Huawei Mate 20 Pro Menerima Skor DxOMark Sebanyak 109 – Sama Seperti P20 Pro

DxOMark hari ini telah pun mengeluarkan skor untuk kamera pada telefon pintar Huawei Mate 20 Pro. Berbeza dengan jangkaan ramai pengguna awal yang mengatakan ia akan mempunyai skor sangat tinggi, Huawei Mate 20 Pro hanya sekadar mencatatkan skor sebanyak 109 pada DxOMark – lebih kurang sama seperti Huawei P20 Pro sebelum ini.

Huawei Mate 20 Pro

Daripada perbandingan yang dikeluarkan, Huawei Mate 20 Pro menerima skor sebanyak 114 untuk rakaman gambar – sama seperti P20 Pro, dan skor sebanyak 97 untuk rakaman video – satu mata kurang berbanding P20 Pro.

DxOMark mengatakan kamera pada Mate 20 Pro mempunyai kadar autofokus yang pantas, selain turut menawarkan rakaman gambar dengan kadar hingar yang baik dibawah keadaan cahaya gelap.

Huawei Mate 20 Pro telah ditawarkan di pasaran sejak penghujung tahun lepas, dimana ia dijual pada harga RM3599.

Sumber : Amanz