Spotify Melancarkan Mod Kereta Pada Aplikasi Android

Awal minggu lalu rekaan antaramuka mod kereta pada aplikasi Spotify tertiris. Semalam akhirnya mereka secara rasmi mengumumkan antaramuka Car View kepada pengguna Android secara global. Antaramuka ini lebih minimalis dengan butang kawalan yang lebih besar bagi memudahkan penggunaan ketika memandu.

Sungguhpun begitu Car View hanya akan diaktifkan apabila peranti ditambat secara bluetooth kepada sistem audio kenderaan. Sambungan menggunakan bicu audio tidak akan mengubah antaramuka aplikasi. Ia turut menyokong paparan apabila peranti dalam kedudukan landskap. Kepada pengguna iOS, Car View akan diberikan di masa hadapan. Sudahkah anda menerima antaramuka ini?

Sumber : Amanz