Walaupun Doktor Cakap Tak Ada Harapan Untuk Hidup Lama, Budak Lelaki Ini Bertahan Sehingga Adiknya Lahir

Meskipun diberitahu tidak dapat bertahan hidup lama kerana penyakit kanser non-Hodgkins lymphoma yang dihidapinya, seorang kanak-kanak lelaki tetap bertahan sehingga melihat adik perempuannya dilahirkan sebelum  meninggal dunia.

Bailey Cooper, 9, disahkan menghidapi kanser tersebut ketika ibunya sedang hamil dan dia khuatir tidak sempat melihat adiknya berikutan diberitahu tidak mempunyai jangka hayat yang panjang.

Meskipun bertarung dengan kesakitan apabila kanser tahap empat telah mula merebak keseluruh badannya, Bailey tetap bertahan sehingga ibunya melahirkan adik perempuannya.

Image result for Bailey cooper wait for his sister before died

Keluarganya juga tidak menyangka bahawa Bailey akan sekuat itu menahan kesakitakannya demi menunggu ibunya melahirkan.

“Kami sendiri tidak menyangka bahawa dia akan sekuat ini,” jelas ibunya.

Selepas adiknya dilahirkan, Bailey dikatakan sempat menamakan adiknya, Millie dan menjaganya seperti seorang abang yang normal.

Kanak-kanak ini kemudiannya meninggal hampir sebulan selepas adiknya dilahirkan.

Sebelum menghembuskan nafas terakhirnya, Bailey sempat memesan kepada ibu bapanya untuk tidak menangis lama kerana perlu menjaga dua lagi adiknya yang lain.

Sumber: The Independent

Sumber : SiakapKeli