Tak Pernah Makan Sarapan, Gemar Makan Organ Dalaman Haiwan, Wanita Menderita 2,000 Batu Karang Dalam Hempedu

Seorang wanita berasal dari Guiyang, Guizhou dikejarkan ke hospital pada 15 Januari lallu selepas mengalami sakit perut teruk dan terpaksa dibedah.

Sumber memberitahu bahawa, mangsa mengalami ketidakselesaan perut yang maksima membuatkan para doktor memutuskan untuk melakukan pembedahan.

Apa yang mengejutkan para doktor apabila bahagian yang dibedah terdapat ribuan batu bersaiz kurang 1cm menyeliputi pundi hempedu pesakit.

Kredit Imej: Banned Book

Sering kali pesakit cuba menahan sakit apabila ‘penyakit’ yang dihidapi itu kerap datang dan pergi membuatkannya lali.

Walau bagaimanapun, menurut doktor bertugas, batu yang dijumpai itu adalah batu karang dengan saiz antara 0.2 hingga 1 cm.

Kredit Imej: Two Eggz

Doktor memberitahu bahawa punca batu karang boleh disebabkan oleh beberapa perkara, tetapi dalam hal ini, mereka mendapati ia terjadi disebabkan oleh amalan gaya hidup yang tidak sihat daripada pesakit.

Pesakit dikatakan tidak pernah mengambil sarapan dan mengamalkan diet buruk, diselang-selikan dengan makanan berminyak serta gemar memakan organ dalaman haiwan.

Kredit Imej: Two Eggz

Media tempatan melaporkan wanita tersebut masih dirawat dan doktor dalam pada itu menasihati orang ramai untuk:

  1. Mengamalkan diet rendah lemak, rendah kolestrol, protein tinggi dan kaya vitamin.
  2. Makan secara teratur, 3 kali sehari.
  3. Mengekalkan keadaan mental yang baik, kebimbangan, ketakutan, kemurungan dan keadaan psikologi lain juga boleh menyebabkan atau memburukkan lagi kelainan fungsi pencernaan.
  4. Jangan duduk terlalu lama dan lakukan pergerakan secara kerap.

Sumber: Two Eggz

Sumber : SiakapKeli