Samsung Dijangka Hadir Dengan Galaxy S10 Versi Seramik Dengan 12GB RAM Dan Storan 1TB

Samsung bakal memperkenalkan Galaxy S10 pada 21 Februari 2019 kelak, dimana beberapa versi dijangka diperkenalkan oleh pengeluar peranti berkenaan. Terkini, salah satu versi dikatakan mungkin hadir dengan rekaan kerangka berasaskan seramik yang memberikan pengalaman lebih premium kepada pengguna.

Galaxy S10 versi seramik ini turut dijangka menawarkan spesifikasi tinggi – dimana menawarkan memori sehingga 12GB RAM, selain storan sehingga 1TB.

Versi seramik ini turut dikatakan melalui proses binaan khas yang menawarkan sokongan kalis calar, selain tidak begitu mudah untuk terjatuh dari tangan.

Sebelum ini, ia diperkatakan versi seramik ini mungkin adalah versi 5G yang ditawarkan dibeberapa buah negara. Ia dijangka menawarkan tanda harga yang tinggi – dan mungkin binaan berasaskan seramik ini sedikit melegakan hati pembelinya untuk harga yang dibayar.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan 21 Februari ini untuk melihat kejutan pihak Samsung.

Sumber : Amanz