WhatsApp Akan Mengehadkan Pengguna Daripada Memanjangkan Mesej Yang Diterima Ke 5 Kali Sahaja

WhatsApp sebelum ini telah mula mengambil langkah untuk memerangi penghantaran info palsu melalui mesej berantai pada platform mereka. Sebelum ini, WhatsApp telah pun melabelkan mesej yang dipanjangkan, dan kini ia dijangka perkhidmatan berkenaan akan mengehadkan berapa kali sesuatu mesej boleh dipanjangkan oleh seseorang pengguna.

WhatsApp Forward

Sebelum ini, seseorang pengguna hanya boleh panjangkan mesej yang diterima kepada 20 orang atau WhatsApp Group lain. Tetapi, ketika itu, WhatsApp turut mengenakan had sama di India terhad kepada 5 kali sahaja.

Kini, bergerak kehadapan, WhatsApp akan mengehadkan pengguna daripada memanjangkan sesuatu mesej kepada lima individu atau kumpulan sahaja.

Pengenalan ciri baru ini adalah berperingkat dan akan diperkenalkan kepada semua pengguna dalam minggu-minggu akan datang – sekaligus dijangka akan mengurangkan kadar penyebaran berita dan info palsu melalui platform berkenaan.

Sumber : Amanz