Hina Bomba Uruskan Kemalangan Di Jambatan Pulau Pinang, Lelaki Menyesal Dan Tampil Mohon Maaf

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Seorang lelaki yang telah menimbulkan kemarahan netizen di mana dia didakwa mengeluarkan kata-kata berunsur hinaan terhadap anggota bomba tampil memohon maaf kepada pihak bomba dan semua yang terlibat.

Difahamkan, kata-kata tersebut dilemparkan lelaki berkenaan dalam ‘FB Live’ di Facebook ketika anggota bomba terlibat sedang bertungkus-lumus dalam operasi mencari dan menyelamat kereta yang terhumban ke dalam Jambatan Pulau Pinang ahad lalu.

Dalam kemalangan pukul 2.54 pagi ahad, kenderaan jenis Mazda CX-5 terhumban ke dalam laut selepas terlibat kemalangan dengan sebuah kenderaan di Kilometer 4.0 Jambatan Pulau Pinang menghala Perai.

Pemandu kereta yang terhumban ke dalam laut itu adalah seorang lelaki dikenali sebagai Moey Yun Peng berusia 20 tahun dan merupakan pelajar sebuah kolej swasta.

Sehingga kini, operasi mengeluarkan kenderaan yang telah ditemui di dasar laut masih giat dijalankan.

Saya amat kesal dengan percakapan melulu semalam mengenai ahli bomba malaysia.

Saya telah mengambil tanggungjawab untuk memohon maaf kepada pihak bomba Jalan Perak Penang dan telah mendapat ampunan daripada Tuan Ismail. Saya berjanji tidak akan bercakap yg tidak baik lagi mengenai anggota beruniform Malaysia.

Tuan Ismail sendiri menjelaskan banyak perkara mengenai kes ini dan juga kes kes lain, serta apa yang perlu dilalui oleh anggota bomba. Saya harap semua orang tidak akan buat comment negative terhadap ahli beruniform macam saya, jika tidak tahu apa yang dilalui oleh mereka.

Sekali lagi saya ikhlas memohon maaf kepada semua warga beruniform di seluruh Malaysia.

Chuah Chun Howe.

Sumber : Fais Al-Hajari

Sumber : SiakapKeli