‘Orang dah puas tegur dik..’ – Geng basikal lajak parah kemalangan

Viral di media sosial beberapa gambar sekumpulan remaja lelaki berusia lingkungan 15 tahun yang bermain basikal lajak, cedera selepas terlibat dalam kemalangan.
Menurut laman Facebook N9 Info Traffic, kejadian itu berlaku di Jalan Bukit pada jam 6.45 petang dan dua mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian siku kiri dan kepalanya. 
“Kesian, diorang turun bukit dari Ulu Inas tak ada brek. Semua lima orang itu budak gentam umur 15 tahun,” kata sumber. 
Berdasarkan gambar, basikal mangsa telah diubah suai dari bentuk asal.

Sementara itu di media sosial, netizen kesal sekumpulan remaja itu tidak mengambil iktibar dari beberapa insiden yang pernah berlaku sebelum ini. 
“Cash la dik. Teguran mak bapak orang ramai tak mau dengar. Nak kena jahit baru tahu serik kot. 
“Kesian tu kesian juga. Tapi kalau dah sakit yang sendiri cari, selayaknya la,” kata netizen. 

Sumber : TheReporter