Tidak Setuju Atlet Israel Dilarang Masuk Malaysia Dan Tarik Diri Sebagai Jurulatih Kebangsaan, FB Kizierowski Pula Diserang ‘Bawang Army’

Seorang jurulatih renang dari negara Poland, Bart Kizierowski yang pada awalnya bersetuju unutk menjadi Ketua Jurulatih renang Malaysia dan dijadualkan tiba di Kuala Lumpur selepas Tahun Baru Cina membuat pusingan-u selepas pendirian Kerajaan Malaysia dalam isu melarang atlet dari Israel memasuki negara ini untuk menyertai Kejohanan Renang Para Dunia 2019.

“Semalam (23 Januari) saya menerima tawaran menarik untuk menjadi jurulatih renang Malaysia. Antara alasan peribadi, saya menolaknya adalah kerana kenyataan terbaru dibuat ahli politik Malaysia berhubung tindakan tidak membenarkan atlet Israel memasuki negara itu bagi menyertai Kejohanan Renang Para Dunia 2019.

“Tiada tempat dalam sukan untuk perkara sebegitu. Saya juga ingin berterima kasih kepada komuniti Malaysia yang menunjukkan kepercayaan dan memberi peluang kepada saya,” katanya.

Kenyataan yang dimuatnaik menerusi Facebook miliknya itu mendapat perhatian rakyat Malaysia yang dikenali sebagai ‘Bawang Army’ dan mula bertindak menyerang akaun Facebook Jurulatih dari Poland itu.

Sebelum ini. laman Facebook International Paralympic Committee (IPC) juga turut menerima nasib yang sama setelah membuat pengumuman menarik semula hak Malaysia sebagai tuan rumah Kejohanan Renang Para Dunia 2019.

Terdahulu, Tun Mahathir menyatakan pendirian Kerajaan Malaysia untuk kekal tidak membenarkan atlet dari negara Israel memasuki negara ini untuk apa-apa sahaja kejohanan yang berlangsung di negara ini dan Tun M juga beranggapan Israel adalah negara penjenayah dan Malaysia tiada apa-apa hubungan diplomatik dengan negara itu.

Sumber : SiakapKeli