”Poket Dah Kosong, Gaji Lambat Lagi,” 7 Tips Berkesan Bantu Anda Jimat Belanja

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Ramai yang tidak tahu menguruskan perbelanjaan dengan baik. Sudahnya, tak sampai setengah bulan, poket dah kering. Kos hidup yang mahal bukan alasan jika anda pandai membezakan kehendak dan keperluan. Dengan ilmu yang betul, anda pasti boleh mengelakkan masalah ‘poket kosong’ dari berlaku.

Perkongsian dari Pakar Kewangan Amir Syahir melalui laman facebooknya ini diharap dapat dijadikan panduan bagi anda untuk menguruskan perbelanjaan. Berbelanjalah secara berhemah, pilihan di tangan anda. Semoga bermanfaat untuk semua.

7 Cara Survive Ketika Gaji Lambat Tiba

Orang yang mempunyai kewangan yang stabil, kalau gaji masuk awal pun, dia anggap gaji belum masuk lagi. Tak perlu keluarkan awal-awal jika gaji masuk awal. Jadi, apa yang korang perlu dan boleh buat sementara nak tunggu gaji. Jom baca ni.

1. Bezakan Kehendak Dan Keperluan

Utamakan pembelian barangan keperluan. Jika ada lebih barulah berbelanja kehendak. Jika tak ada sumber pendapatan kedua, cuba minimumkan kehendak.

2. Hidup Di Bawah Kemampuan

Jika kau mampu beli baju berharga RM50, cari baju yang berharga RM35. Jimat RM15 ringgit. Boleh jimat perbelanjaan. Kurangkan makan luar dan makan kat kedai hipster yang mahal tu. Tak lari followers Insta kau kalau sebulan tak update makan tempat sedap-sedap kan.

3. Rancang Perbelanjaan

Kalau nak keluar bandar untuk membeli barang, senaraikan dulu apa yang nak dibeli. Beli barang yang ditulis saja. Jadi tak perlu pergi pusat membeli belah banyak kali. Kos minyak lagi, bayar parking lagi. Dah pergi banyak kali mesti nak makan lagi.

4. Buat Belanjawan

Jika kau bergaji RM1500, pecahkan kepada beberapa bahagian utama yang kau biasa guna. Jangan usik untuk perbelanjaan tetap. Jangan acah-acah nak jadi orang kaya. Jangan terus nak beli IPhone X, tudung kat butik, jubah mahal atau sport rim kereta.

5. Bandingkan Harg
a

Kalau nak beli barang keperluan tu, cuba bandingkan harga. Banyak pilihan sekarang. Yang murah tak semestinya tak bagus. Yang mahal tak semestinya bagus.

6. Belanja Ikut Keutamaan

Kalau ikutkan hati, semua benda kau nak beli. Sabar. Ingat gaji lambat lagi. Sumber pendapatan kedua pun tak ada. Jadi, beli barang ikut keutamaan dulu. Pakai sampai habis, guna sampai rosak. Baru beli lain.

7. Hidup Bersederhana

Nak jogging pergi je taman. Tak payah la jogging atas mesin jogging tu. Bayar masuk pun dah berapa. Nak pergi bercuti boleh. Jangan pergi luar negara. Kalau mampu lain lah.

Kalau kau pandai uruskan kewangan, takde lah kau nak asyik pinjam duit kawan kau je. Padahal gaji dia sikit daripada kau. Tapi dia pandai uruskan kewangan dengan betul.

Hidup zaman GST ni, cuba cari pendapatan sampingan. Boleh berniaga online ke, jual kerepek ke, jadi ejen takaful dan sebagainya. Akhir kata, ambil tahu, ambil peduli kita mampu mengubahnya. 

Sumber : Amir Syahir

Sumber : SiakapKeli