Detik Cemas Rakaman Kapal Terbang Meletup Dan Terhempas Atas Rumah, 5 Disahkan Maut

Lima orang mangsa dilaporkan meninggal dunia di California Selatan selepas sebuah pesawat terjatuh tepat di atas bumbung sebuah rumah pada Ahad, sehingga menyebabkan rumah tersebut terbakar.

Pihak berkuasa memberitahu bahawa juruterbang bersama 4 isi rumah terkorban dan dua lagi telah dibawa ke hospital selepas didapati mengalami kecederaan sederhana.

Jurucakap Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan berkata, mesin enjin CessnA 414A terjatuh sejurus berlepas dari lapangan terbang berdekatan.

Video menunjukkan bahagian pesawat bertaburan di tanah dan di atas bumbung rumah.  Penduduk setempat cuba untuk memadam api namun ia merebak dengan cepat.

Eliott Simpson, seorang penyiasat kemalangan penerbangan, berkata serpihan itu tersebar lebih empat blok dan sekolah rendah berhampiran akan ditutup esok.

Sumber: The Guardian

Sumber : SiakapKeli