Ridzuan Puzi Dinobat Atlet Terbaik Asia

Akaun Facebook rasmi Majlis Sukan Negara (MSN) mengumumkan penganugerahan yang diperoleh Dik Wan sebagai Altet Para Lelaki Terbaik Asia di Dubai.

Sebelum ini Dik Wan atau Ridzuan Puzi telah mengharumkan nama negara di pentas sukan Para Asian 2018 dengan merangkul pingat emas, malah larian juaranya turut berjaya memecah rekod dunia milik atlet Rusia sebelum ini.

Syabas dan tahniah

Atlet olahraga para negara, Mohamad Ridzuan Puzi dinobatkan sebagai Atlet Para (Lelaki) Terbaik Asia 2018.

Anugerah disampaikan Presiden Majlis Paralimpik Emeriyah Arab Bersatu, Mohamed Alhameli dan Presiden Jawatankuasa Paralimpik Asia, Majid Rashed pada majlis yang diadakan di Dubai.

Mohamad Ridzuan mencipta sejarah apabila mencipta rekod dunia dalam acara 100m lelaki T36 dan rekod Sukan Asia bagi acara lompat jauh pada temasya Sukan Para Asia di Jakarta, Oktober tahun lalu.

#TeamMAS
#MalaysiaBoleh

Sumber : SiakapKeli