Peniaga Boleh Kena Denda Kalau Ikan Tak Kekal Dalam Suhu Sejuk Beku Dan Ais Cair

Ada beberapa cara untuk kita pastikan ikan yang dijual di pasar segar atau tak.  Kalau ikut cara orang tua kita, tekniknya bermula dengan melihat mata ikan.  Putih mata ikan, maksudnya ikan tersebut adalah ikan yang segar.

Memilik produk basah mahupun sebarang makanan yang selamat adalah sangat penting bagi mengelakkan keracunan makanan mahupun penyakit lain yang merbahaya.

Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan WP Labuan melalui Facebook rasmi mereka berkongsi cara mengendali ikan segar khusus buat para peniaga selepas ikan dihantar ke darat.

Seseorang yang menjual ikan dingin dan sejuk beku hendaklah memastikan bahawa

  • Semua ikan dingin yang disimpan, dipamerkan atau didedahkan untuk penjualan disimpan pada suhu di antara minus 1 C hingga 10 C; dan
  • Semua ikan sejuk beku yang disimpan, dipamerkan atau didedahkan untuk penjualan disimpan pada suhu di bawah minus 18 C.

Mana-mana orang yang tidak mematuhi subperaturan melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun.

Sumber : SiakapKeli