Kisah Cinta 7 Dekad, Pasangan Veteran Perang Dunia Ke-2 Ini Ditakdirkan Meninggal Dunia Hari Yang Sama

Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pasti mengimpikan ikatan yang tidak terlerai sehingga ke hari tua, kalau boleh sehingga nyawa berpisah daripada badan. Biarpun kisah romantik sebegitu sering dipersembah dalam drama, namun di dunia nyata, kisah pasangan ini mungkin boleh dijadikan contoh.

Bercinta, kemudian Perang Dunia Ke-2 meletus, menyertai tentera dan berjuang bersama-sama menentang musuh yang sama, mendirikan rumah tangga dan hidup berdua lebih daripada 70 tahun, sebelum menghembuskan nafas, juga pada hari dan tarikh yang sama.

Itulah kisah cinta diantara pasangan suami isteri, Isabell Whitney dengan Preble Staver. Pasangan ini pertama kali bertemu sekitar tahun 40-an ketika kedua-duanya sedang menuntut di salah sebuah universiti di Philadelphia di Pennsylvania. Mereka kemudian menjalinkan hubungan cinta namun tidak menyangka hubungan tersebut tertangguh gara-gara peperangan yang meletus.

Perang Dunia Ke-2 yang merebak di sekitar Eropah, memaksa kedua-dua mereka menawarkan diri menjadi sebahagian daripada anggota tentera Amerika Syarikat yang terlibat di dalam tentera bersekutu. Isabell menyumbang bakti sebagai anggota medik di medan perang manakala teman lelakinya menyertai Kor Marin.

Lima bulan selepas Perang Dunia Ke-2 tamat akibat tewasnya Nazi, barulah kedua-dua pasangan ini dapat merasai kemanisan hidup berumah tangga apabila disatukan dalam majlis pada 15 Februari 1946. Tarikh ini juga menandakan permulaan hidup pasangan ini selama 7 dekad sebelum kedua-duanya meninggal dunia.

Dikurniakan lima orang anak, Isabell mengambil keputusan untuk berhenti seketika daripada kerjanya sebagai seorang jururawat. Manakala Preble sendiri beberapa kali menukar pekerjaan selepas tidak lagi menyarung uniform tentera. Dalam tempoh berkenaan, mereka terlebih dahulu perlu melalui fasa kehilangan apabila salah seorang anak mereka, Peter meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.

Isabell kembali menjadi jururawat selepas anak mereka sudah besar dan mampu menguruskan diri sendiri.

Pada tahun 2013, kedua-dua pasangan ini berpindah ke ke pusat jagaan kesihatan jangka panjang di Norfolk, Virgina akibat faktor umur selain turut mempunyai masalah dementia.

Preble sendiri merasa tertekan apabila melihat isterinya bertarung dengan penyakit tersebut dan kedua-dua mereka terpaksa ditempatkan dalam bilik berasingan. Mujurlah, dalam keadaan bergitu, Isabell ketika itu masih mengenali suaminya.

Ketika menyambut ulang tahun kelahirannya ke-96, Preble menyatakan hasratnya yang mahu tidur bersama isterinya sekali lagi buat kali terakhir dan perkara tersebut ditunaikan oleh staf di pusat berkenaan.

Pasangan berkenaan dibiarkan berbaring bersama-sama untuk seketika. Prebel dan Isabell dilihat berpegangan tangan dalam keadaan tidak berdaya. Diceritakan kedua-dua tidak bersuara dan hanya melelapkan mata bersama-sama.

Preble cuma tersenyum ketika diberitahu oleh anaknya bahawa peluang untuk berbaring bersama-sama ini adalah hadiah terakhir hari jadi daripada isterinya.

Pada 25 Oktober tahun yang sama, Isabell memaklumkan kepada anaknya dia mahu melihat isterinya sekali lagi kerana berasa hidupnya sudah tidak lama. Anak-anak kepada pasangan tersebut kemudian menganjurkan pertemuan perpisahan diantara Preble dengan Isabell untuk saling mengucapkan salam perpisahan.

Isabell meninggal dunia selang sehari kemudian dan diikuti Preble beberapa jam kemudian. Menurut anaknya, Preble dan Isabell dilahirkan dalam tempoh selang 14 hari dan meninggal dunia dalam selang tempoh 14 jam antara satu sama lain.

Sumber: Newsner

Sumber : SiakapKeli