AMD Dikatakan Bakal Memperkenalkan Perisian Untuk Menyahkunci Ciri Profesional Pada Radeon VII

Pelbagai ulasan telah keluar mengenai kad grafik AMD Radeon VII, kad grafik terbaru keluaran AMD, akan tetapi, walaupun pada kertas ia hadir dengan prestasi setanding dengan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 2080, ia dijual pada harga yang sama dengan kad grafik NVIDIA, tetapi tidak hadir dengan ciri-ciri baru seperti Raytracing dan DLSS.

Terkini, terdapat laporan bahawa perisian Radeon Pro 19.Q1 yang bakal dilancarkan akan menyahkunci pelbagai ciri profesional pada kad grafik AMD Radeon VII. Diantara ciri-ciri yang akan dinyahkunci oleh perisian ini termasuklah ProRender, bersama-sama dengan sokongan untuk pelbagai perisian pengolahan 3D, CAD dan CGI bagi mereka yang bekerja di dalam industri-industri yang berkenaan.

Untuk menggunakan perisian ini, anda hanya perlu menyahpasang perisian Radeon Adrenalin 2019 dan memasang perisian Radeon Pro 19.Q1 tersebut. Dengan ini, anda boleh menukar kad grafik Radeon VII daripada sebuah kad grafik untuk gaming kepada sebuah kad grafik untuk tugasan profesional yang setanding kad grafik profesional seperti NVIDIA Quadro.

Buat masa ini, tarikh pelancaran perisian kemaskini Radeon Pro 19.Q1 ini masih belum diumumkan lagi.

Sumber : Amanz