Ciri Deep Learning Super Sampling Bakal Hadir Untuk Battlefield V Melalui Kemaskini Terbaru

Apabila NVIDIA memperkenalkan siri kad grafik NVIDIA GeForce RTX mereka, Battlefield V adalah salah satu daripada tajuk permainan komputer yang dilihat hadir dengan sokongan untuk salah satu daripada dua ciri terbaru NVIDIA, iaitu Raytracing.

Deep Learning Super Sampling, ataupun DLSS adalah sebuah ciri dimana NVIDIA menggunakan teras kecerdasan buatan Tensor untuk membolehkan kad grafik GeForce RTX ini untuk menggerakkan permainan pada resolusi tinggi (1440p ataupun 4K) menggunakan tekstur resolusi rendah yang masih mempunyai tahap butiran yang sangat tinggi.

Kemaskini terbaru Battlefield V nampaknya bakal memberikan permainan tersebut sokongan untuk ciri DLSS ini, dan ia bakal menjadikan permainan tersebut sebagai tajuk pertama untuk hadir dengan sokongan untuk kedua-dua ciri tersebut.

Kemaskini ini dikatakan akan hadir pada 12 Februari, jadi mereka yang bermain permainan ini menggunakan kad grafik NVIDIA GeForce RTX pasti akan tertunggu-tunggu untuk mengemaskini permainan mereka.

Sumber : Amanz