(Video)Terbangkan GoPro Dengan Belon Ke Angkasa, Lelaki Ini Berjaya Rakam Pemandangan Menakjubkan

Setiap orang pasti mempunyai impian untuk melihat dunia daripada pandangan mata burung. Paling tidak pun, ingin menjadi angkasawan supaya dapat melihat keindahan Bumi dari atas.

Tak perlu susah-susah, tonton sahaja eksperimen sekumpulan pemuda daripada Amerika Syarikat ini. Apa yang dilakukan mereka adalah sangat unik apabila menambat kamera aksi, GoPro pada belon yang diisi helium sebelum dilepaskan ke angkasa.

Video berkenaan yang dimuat naik ke akaun Youtube BloonStu pada 2015 itu hasil eksperimen yang direka dan dilancarkan oleh Stuart Shippee daripada Texas setelah mendapat kebenaran daripada pihak berwajib.

Walaupun rakaman yang dibuat tidak stabil, namun dapat dilihat dengan jelas perjalanan GoPro tersebut ke angkasa lepas termasuklah ketika melintasi awan tebal dan juga kawasan ribut.

Melalui kenyataan yang dimuat naik bersama dengan video tersebut, perekanya menjelaskan dia sudahpun memasang Pengesan GPS pada GoPro tersebut bagi membolehkan gajet berkenaan dijejaki ketika jatuh kembali ke Bumi.

Perekanya juga menjelaskan bahawa tujuannya berbuat demikian hanyalah sekadar suka-suka selain untuk memastikan akaun Youtubenya kekal aktif.

Saksikan rakaman menarik tersebut yang sudahpun mencecah 3 juta tontonan di bawah.

Sumber: BloonStu

Sumber : SiakapKeli