Dell Mengeluarkan Arahan Menarik Semula Pengecas Hibrid Kerana Risiko Renjatan

Pengecas komputer riba menjadi nyawa kepada peranti ketika kehabisan bateri. Dell ada menjual Hybrid Power Adapter yang hadir dengan sebuah powerbank 12800 mAh terbina untuk situasi kecemasan. Di Amerika Utara, jualan produk ini telahpun ditarik kerana risiko renjatan yang mungkin berlaku ketika digunakan.

Hybrid Power Adapter yang dikilangkan di antara Januari hingga Mac 2017 didapati mudah pecah sehingga mendedahkan komponen elektronik. Ini boleh menyebabkan pengguna direnjat. Setakat ini arahan penarikan semula hanya berkuat kuasa untuk produk di benua Amerika Utara.

Kami sedang mendapatkan kenyataan rasmi dari Dell Malaysia sama ada ia akan turut dilakukan memandangkan pengecas ini turut dijual di negara kita.

Sedang dikemaskini.

Sumber : Amanz