Paypal Malaysia Bakal Ditutup Bermula April 2019 – Semua Kakitangan Terkesan

Hari ini kami digemparkan dengan berita bahawa Paypal, syarikat pembayaran atas talian yang cukup terkenal bakal menutup pejabat Malaysia mereka, dan akan memulakan proses VSS (Voluntary Separation Scheme) bermula bulan April 2019 sehingga Ogos 2019 kelak.

Menurut sumber-sumber kami, pengumuman penutupan pejabat Malaysia dikeluarkan hari ini oleh ibu pejabat Paypal di Amerika Syarikat, dengan alasan pertukaran bisnes model untuk menjadikan perniagaan mereka lebih efisyen.

Kami juga diberitahu bahawa semua pekerja Paypal Malaysia akan terkesan akibat penutupan ini, tetapi syarikat tersebut akan membantu para pekerja mereka untuk mencari pekerjaan baru melalui pelbagai latihan yang akan meningkatkan kebarangkalian mereka untuk mencari pekerjaan.

Diantara bahagian-bahagian Paypal yang ditempatkan di Malaysia dan akan terkesan dengan penutupan ini termasuklah bahagian khidmat pelanggan, ketua rantau APAC, bahagian pengurusan dan juga bahagian teknikal.

Untuk pelanggan Paypal di rantau APAC, ia juga dikatakan bahawa semua kemusykilan pelanggan akan ditangani oleh pusat khidmat pelanggan yang bertempat di Bangalore dan Shanghai.

Buat masa ini, kami tidak pasti jika isu-isu sebelum ini seperti kes pencurian wang melalui akaun bank CIMB ataupun penutupan sokongan ciri membeli kredit PSN melalaui Paypal menjadi salah satu daripada punca pejabat Paypal Malaysia ditutup.

Sumber : Amanz