Pasukan Disebalik Chrome Berkongsi Sejumlah Rekaan Tema Menarik Untuk Pelayar Web Google Chrome

Google sedia menyokong penggunaan tema secara terhad pada pelayar web mereka sebelum ini. Ia tidak begitu dipromosikan, dan boleh dikatakan ramai yang tidak begitu mengetahui kewujudannya.

Hal berkenaan kini dilihat ingin diubah oleh Google. Mereka kini mempromosikan penggunaan tema pada Google Chrome dengan lebih baik – termasuk mengetengahkannya pada Chrome Web Store pada minggu ini.

Tema Chrome

Menariknya juga, pasukan disebalik Google Chrome sendiri kini telah menerbitkan sejumlah rekaan tema bewarna menarik, dan boleh digunakan oleh para pengguna pelayar web berkenaan.

Untuk makluman, sokongan tema pada Google Chrome tidak begitu menyeluruh seperti beberapa pelayar web lain. Malah, pengguna boleh memasang satu tema sahaja pada sesuatu masa. Pengguna boleh mengaktifkan sesuatu tema selepas memasangnya, dan hanya boleh nyah-aktifkan melalui halaman tetapan.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak tema terbitan pasukan Google Chrome ini hari ini – atau turut melihat sejumlah tema terbitan pembangun lain pada Chrome Web Store hari ini.

Lihat : Tema Google Chrome daripada Pasukan Chrome

Sumber : Amanz